Beberapa lama kemudian banyak orang Yahudi, baik lelaki mahupun perempuan, mula bersungut terhadap sesama bangsa Yahudi. Ada orang yang berkata, “Keluarga kami besar, dan kami memerlukan gandum untuk hidup.” Ada orang lain yang berkata, “Kami terpaksa menggadaikan ladang, kebun anggur, dan rumah kami untuk membeli gandum supaya kami tidak kelaparan.” Ada lagi orang lain yang berkata, “Kami terpaksa meminjam wang untuk membayar cukai kerajaan bagi ladang dan kebun anggur kami. Kita semua bangsa Yahudi. Bukankah anak-anak kami pun sama baiknya dengan anak-anak Yahudi yang lain? Tetapi kami terpaksa membiarkan anak-anak kami menjadi hamba. Bahkan ada beberapa orang anak gadis kami yang sudah dijual menjadi hamba. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana ladang dan kebun anggur kami sudah menjadi milik orang lain.”
Baca NEHEMIA 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: NEHEMIA 5:1-5
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video