Lalu Yesus bertanya kepadanya, “Siapa namamu?” Orang itu menjawab, “ ‘Legiun’ - kerana kami ini banyak sekali.” Dia memohon dengan sangat supaya Yesus tidak menyuruh roh-roh jahat itu keluar dari kawasan itu. Dekat tempat itu ada kawanan babi yang sedang mencari makan di lereng bukit. Roh-roh jahat itu memohon kepada Yesus, “Suruhlah kami masuk ke dalam babi-babi itu.” Yesus bersetuju. Kemudian roh-roh jahat itu keluar daripada orang itu lalu masuk ke dalam babi-babi itu. Kesemua babi itu - lebih kurang dua ribu ekor - terjun dari pinggir jurang ke dalam tasik lalu tenggelam.
Baca MARKUS 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MARKUS 5:9-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video