Beberapa orang guru Taurat yang datang dari Yerusalem berkata, “Dia dirasuk oleh Beelzebul! Dia diberikan kuasa oleh ketua roh jahat untuk mengusir roh jahat.” Oleh itu Yesus memanggil semua orang itu lalu menceritakan beberapa perumpamaan kepada mereka. Dia berkata, “Bagaimana Iblis boleh mengusir Iblis? Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, akan runtuh. Keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan, akan hancur. Oleh itu, jika kerajaan Iblis mempunyai golongan yang saling berlawanan, kerajaan itu tidak tahan lama dan pasti akan lenyap. Tidak seorang pun dapat masuk ke dalam rumah orang yang kuat dan merampas hartanya, kecuali dia terlebih dahulu mengikat orang kuat itu. Setelah itu, barulah dia dapat merampas hartanya. Ingatlah! Segala dosa yang dilakukan orang dan semua kata kufur yang diucapkan mereka, dapat diampunkan. Tetapi sesiapa yang mengkufuri Roh Allah, tidak dapat diampuni! Dia telah melakukan dosa yang kekal.” ( Yesus berkata demikian kerana ada orang berkata, “Dia dirasuk roh jahat.”) Kemudian ibu dan saudara-saudara Yesus datang dan menunggu di luar. Mereka menyuruh orang memanggil Yesus. Ketika itu orang ramai sedang duduk di sekeliling Yesus dan mereka berkata kepada-Nya, “Guru, lihatlah! Ibu dan saudara-saudara guru ada di luar. Mereka memanggil guru.” Yesus menjawab, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?” Dia memandang semua orang yang duduk di sekeliling-Nya lalu berkata, “Lihatlah, inilah ibu dan saudara-saudara-Ku! Sesiapa melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku.”
Baca MARKUS 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MARKUS 3:22-35
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video