YouVersion Logo
Search Icon

MARKUS 13:28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37

MARKUS 13:28 BM

“Biarlah pokok ara memberikan pelajaran kepada kamu. Apabila dahan-dahannya hijau, lembut, dan mula bertunas, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat.

MARKUS 13:29 BM

Demikian juga apabila kamu melihat perkara-perkara ini berlaku, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat dan akan bermula dengan segera.

MARKUS 13:30 BM

Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya.

MARKUS 13:31 BM

Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.”

MARKUS 13:32 BM

“Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak; hanya Bapa yang tahu.

MARKUS 13:33 BM

Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya.

MARKUS 13:34 BM

Keadaannya seperti seorang yang meninggalkan rumahnya lalu pergi ke tempat yang jauh. Dia menyuruh hamba-hambanya menjaga rumah, setelah dia memberikan tugas kepada mereka. Kepada penjaga pintu, dia berpesan supaya berjaga baik-baik.

MARKUS 13:35 BM

Oleh itu, berjaga-jagalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya tuan rumah itu balik; mungkin pada petang hari, tengah malam, subuh, atau pada waktu matahari terbit.

MARKUS 13:36 BM

Jika dia datang dengan tiba-tiba, janganlah kamu didapati tidur.

MARKUS 13:37 BM

Apa yang Aku katakan kepada kamu, Aku katakan juga kepada semua orang: Berjaga-jagalah!”