LUKAS 21:29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38
LUKAS 21:29 BM
Lalu Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Lihatlah pokok ara dan semua pokok yang lain.
LUKAS 21:30 BM
Apabila kamu nampak pokok mula berdaun, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat.
LUKAS 21:31 BM
Demikian juga apabila kamu nampak perkara-perkara ini berlaku, kamu tahu bahawa Allah akan segera memerintah.
LUKAS 21:32 BM
Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya.
LUKAS 21:34 BM
“Berjaga-jagalah! Janganlah kamu asyik berpesta dan minum minuman keras atau khuatir akan kehidupan kamu, sehingga kamu tidak bersedia apabila Hari itu datang dengan tiba-tiba.
LUKAS 21:36 BM
Berjaga-jagalah dan berdoalah sentiasa supaya kamu mempunyai kekuatan untuk mengatasi semua perkara yang akan berlaku, lalu kamu dapat menghadap Anak Manusia.”
LUKAS 21:37 BM
Setiap hari Yesus mengajar di Rumah Tuhan dan pada petang hari Dia pergi bermalam di Bukit Zaitun.
LUKAS 21:38 BM
Tiap-tiap pagi semua orang datang ke Rumah Tuhan untuk mendengar ajaran Yesus.