Pada suatu hari Sabat Yesus mengajar di rumah ibadat. Di situ ada seorang wanita yang sakit, kerana dirasuk roh jahat selama lapan belas tahun. Dia bongkok dan tidak dapat berdiri tegak. Ketika Yesus melihat dia, Yesus memanggil dia dan berkata kepadanya, “Mulai sekarang kamu sembuh!” Yesus meletakkan tangan-Nya pada wanita itu dan pada saat itu juga wanita itu berdiri tegak lalu memuji Allah. Ketua rumah ibadat marah kerana Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat. Ketua rumah ibadat berkata kepada semua orang di situ, “Ada enam hari untuk bekerja; datanglah pada masa itu untuk disembuhkan, tetapi jangan pada hari Sabat!” Tuhan menjawab ketua itu, “Kamu munafik! Pada hari Sabat orang melepaskan lembu atau keldai dari kandang lalu membawa haiwan itu keluar untuk diberikan minuman. Lihatlah, di sini ada seorang wanita keturunan Abraham yang telah diikat oleh Iblis selama lapan belas tahun. Tidak patutkah dia dilepaskan daripada ikatannya pada hari Sabat?” Jawapan Yesus memalukan semua musuh-Nya, tetapi semua orang lain bersukacita kerana segala perbuatan ajaib yang dilakukan oleh Yesus.
Baca LUKAS 13
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: LUKAS 13:10-17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video