Sementara itu, orang ramai sedang menantikan Zakharia. Mereka hairan kerana dia begitu lama di dalam Rumah Tuhan. Ketika Zakharia keluar, dia tidak dapat bercakap kepada mereka. Dia memberikan isyarat dengan tangan kerana dia bisu. Lalu orang di situ tahu bahawa Zakharia sudah nampak satu penglihatan di dalam Rumah Tuhan. Setelah habis masa Zakharia bertugas di Rumah Tuhan, dia pulang ke rumah. Tidak lama kemudian Elisabet, isterinya mengandung, dan dia tidak keluar dari rumah selama lima bulan. Elisabet berkata, “Akhirnya Tuhan menolong aku. Dia telah menghapus keaibanku.”
Baca LUKAS 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: LUKAS 1:21-25
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video