Sepuluh peratus daripada segala hasil tanaman kamu, baik gandum mahupun buah-buahan menjadi milik TUHAN. Jika seseorang hendak menebus sebahagian daripada hasil itu, dia harus menebusnya menurut harga yang ditentukan di Khemah TUHAN, ditambah dengan dua puluh peratus. Seekor daripada tiap-tiap sepuluh ekor binatang ternakan adalah milik TUHAN. Apabila binatang itu dihitung, tiap-tiap yang kesepuluh menjadi milik TUHAN. Pemilik ternakan itu tidak boleh mengatur binatang itu sedemikian rupa sehingga yang kurang baik sahaja yang terpilih. Apa sahaja yang sudah terpilih tidak boleh ditukar. Jika dia menukarnya, kedua-dua ekor binatang itu menjadi milik TUHAN, dan tidak boleh ditebus.
Baca IMAMAT 27
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: IMAMAT 27:30-33
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video