Akulah yang tahu bagaimana rasanya dihukum oleh Allah. Dia menyeret aku ke tempat yang semakin gelap, dan bertubi-tubi memukul aku tanpa belas kasihan. Dia melukakan badanku dengan parah dan mematahkan tulang-tulangku. Dia meliputi aku dengan kesedihan dan penderitaan. Dia memaksa aku tinggal dalam kegelapan, seperti orang yang mati pada zaman silam. Dia merantai aku dengan kuat; aku dipenjarakan tanpa harapan untuk melarikan diri. Aku berseru meminta pertolongan, tetapi Allah tidak mahu mendengarkan aku. Aku berjalan terhuyung-hayang; jalanku dihalangi dengan tembok batu. Dia mengadang aku seperti seekor beruang; Dia menerkam aku seperti seekor singa. Dia mengejar aku sehingga aku menyimpang jalan, lalu mencabik-cabikkan aku dan meninggalkan aku. Dia merentangkan busur-Nya, dan menjadikan aku sasaran anak panah-Nya. Anak panah-Nya menembus tubuhku, sampai menusuk jantungku. Orang mentertawakan aku sepanjang hari; aku dijadikan bahan sindiran. Hanya kepahitan yang diberikan-Nya kepadaku sebagai minuman dan makanan. Dia menggosokkan mukaku pada tanah, dan menghantukkan gigiku pada batu sehingga patah. Aku sudah lupa akan kesihatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan. Aku tidak akan hidup lama lagi, sudah hilang harapanku kepada TUHAN. Memikirkan pengembaraan dan penderitaanku, bagaikan makan racun yang pahit. Aku terus-menerus memikirkan hal itu, sehingga batinku tertekan. Namun harapanku bangkit kembali apabila aku teringat akan perkara ini
Baca RATAPAN 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: RATAPAN 3:1-21
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video