Kemudian mereka membakar kota itu dan semua yang ada di situ sampai musnah, kecuali barang-barang yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, dan besi. Mereka mengambil semua benda itu lalu membawanya ke perbendaharaan TUHAN. Tetapi Yosua menyelamatkan Rahab, pelacur perempuan itu dan semua kaum keluarganya kerana dia telah menyembunyikan dua orang pengintip yang disuruh Yosua ke kota Yerikho. (Keturunan Rahab tinggal di negeri Israel sampai hari ini.) Pada masa itu Yosua mengumumkan amaran ini, “Sesiapa yang cuba membina kota Yerikho semula akan dikutuk oleh TUHAN. Sesiapa yang meletakkan batu asasnya akan kehilangan anak sulung. Sesiapa yang membina pintu gerbangnya akan kehilangan anak bongsu.” TUHAN menyertai Yosua dan dia menjadi masyhur di seluruh negeri itu.
Baca YOSUA 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YOSUA 6:24-27
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video