“Ingatlah! Musa, hamba TUHAN itu sudah memberitahu kamu bahawa TUHAN, Allah kamu akan memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan untuk menjadi tempat tinggal kamu. Anak dan isteri kamu serta ternakan kamu harus tinggal di sini, tetapi askar-askar kamu harus bersedia untuk berperang. Mereka harus menyeberangi sungai lebih dahulu daripada umat Israel untuk menolong sesama bangsa kamu, sehingga mereka menakluki tanah di sebelah barat Sungai Yordan, yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada mereka. Selepas Dia memberikan keamanan kepada semua suku Israel, barulah kamu boleh kembali dan menetap di tanah kamu sendiri, tanah yang di sebelah timur Sungai Yordan, yang diberikan oleh Musa, hamba TUHAN itu kepada kamu.”
Baca YOSUA 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YOSUA 1:13-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video