“Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu, dan Engkau menjawab aku. Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan, permohonanku Engkau dengar dan perhatikan. Engkau melemparkan aku ke tempat yang dalam, sampai ke dasar lautan. Di sana arus air mengelilingi aku, ombak dan gelombang yang Engkau datangkan menghempaskan aku. Aku berfikir bahawa Engkau sudah menghalau aku dari hadirat-Mu, dan aku tidak akan melihat lagi rumah kediaman-Mu yang suci. Air laut naik sampai ke bibirku, samudera raya meliputi seluruh tubuhku, rumpai laut melilit kepalaku. Aku turun sampai ke dasar pergunungan, ke alam yang gerbangnya terkunci sehingga selama-lamanya. Ketika nyawaku hampir pergi daripada diriku, aku ingat akan TUHAN, lalu aku berseru kepada-Mu. Engkau, ya TUHAN, mendengarkan doaku, di Rumah-Mu yang suci Engkau mendengarkan aku. Dari laut yang dalam, Engkau menyelamatkan aku, ya TUHAN Allahku! Para penyembah berhala yang sia-sia, meninggalkan Engkau dan tidak lagi setia. Tetapi aku akan menyanyikan puji-pujian bagi-Mu dan aku akan mempersembahkan korban untuk-Mu. Aku akan menunaikan segala janjiku. Engkaulah TUHAN yang menyelamatkan.”
Baca YUNUS 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YUNUS 2:2-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video