AYUB 35

35
1-2Ayub, engkau tidak patut berkata
bahawa engkau tidak bersalah di sisi Allah,
3ataupun bertanya kepada Allah, ‘Apakah kesan dosaku kepada-Mu?
Aku tidak mendapat faedah walaupun aku tidak berdosa.’
4Ayub, aku akan memberikan jawapan kepadamu
dan kepada sahabat-sahabatmu.
5Pandanglah langit dan perhatikan
betapa tingginya awan.
6 Jika engkau berdosa, hal itu tidak merugikan Allah.
Jika engkau melakukan banyak kesalahan, hal itu tidak memberikan kesan kepada Allah.
7Adakah engkau menolong Allah dengan perbuatan baikmu?
Allah tidak memerlukan apa-apa daripada kamu.
8Kawan-kawan sesamamu yang menderita akibat kejahatanmu,
dan mereka juga yang beruntung kerana kebaikanmu.
9Apabila orang ditindas, mereka mengerang;
mereka berteriak minta tolong.
10Tetapi mereka tidak berseru kepada Allah, Pencipta mereka,
yang memberikan harapan pada waktu mereka berduka,
11dan yang menjadikan mereka lebih bijaksana
daripada binatang di darat ataupun unggas di udara.
12Orang tertindas itu berseru, tetapi Allah tidak menjawab,
kerana mereka sombong dan jahat.
13Tiada gunanya mereka berteriak dengan sekuat tenaga;
Allah Yang Maha Kuasa tidak melihat atau mendengar mereka.
14Ayub, engkau berkata bahawa engkau tidak dapat melihat Dia;
tetapi tunggulah dengan sabar - perkaramu ada di hadapan-Nya.
15Engkau berfikir bahawa Allah tidak menjatuhkan hukuman,
dan bahawa Dia tidak mempedulikan pelanggaran.
16Sia-sialah engkau terus berkata-kata;
jelaslah bahawa engkau tidak tahu apa yang kaukatakan.

Terpilih Sekarang Ini:

AYUB 35: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami