AYUB 23

23
Ayub
1Tetapi Ayub menjawab,
2“Aku tetap memberontak dan membantah Allah;
aku tidak dapat menahan keluh kesah.
3Alangkah baiknya jika aku tahu di mana Allah berada,
dan dapat pergi ke tempat-Nya.
4Maka aku akan mengajukan perkaraku kepada-Nya,
dan membela diri dengan sedaya upaya.
5Aku hendak tahu apa yang akan dikatakan-Nya,
dan bagaimana Dia memberikan jawapan-Nya.
6Adakah Allah dengan segala kekuatan-Nya menentang diriku?
Tidak, Dia akan mendengarkan kata-kataku.
7Aku jujur dan dapat berhujah dengan Allah,
dan aku akan dinyatakan tidak bersalah untuk selama-lamanya.
8Aku telah mencari Allah di timur, tetapi Dia tiada di sana;
apabila aku mencari Dia di barat, Dia juga tiada di sana.
9Allah telah bertindak di selatan dan utara,
tetapi aku masih belum menemui Dia.
10Namun Allah tahu setiap langkahku;
jika aku diuji, terbukti kemurnian hatiku.
11Aku mengikut jalan-Nya dengan setia,
aku tidak menyimpang dari jalan yang ditentukan-Nya.
12Perintah-perintah Allah selalu kutaati,
aku menurut kehendak-Nya, bukan kehendakku sendiri.
13Allah tidak pernah berubah dan tiada yang dapat menentang Dia.
Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya.
14Dia akan menjalankan rancangan-Nya untuk diriku,
dan banyak lagi rancangan-Nya selain itu.
15Kerana takut akan Dia, gementarlah aku;
semakin aku fikirkan semua itu, semakin takutlah aku.
16-17Allah Yang Maha Kuasa telah mematahkan semangatku.
Aku takut kerana Allah, dan bukan kerana kegelapan,
walaupun kegelapan mengelilingi aku dan menutupi wajahku.

Terpilih Sekarang Ini:

AYUB 23: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk