Mereka berkata kepadanya, “Kamu orang berdosa sejak kamu dilahirkan. Adakah kamu cuba mengajar kami?” Lalu mereka melarang dia masuk ke rumah ibadat. Yesus mendengar bahawa mereka telah melarang orang itu masuk ke rumah ibadat. Apabila Yesus menjumpai dia, Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kepada Anak Manusia?” Orang itu menjawab, “Tuan, siapakah Dia? Tolong beritahu supaya saya boleh percaya kepada-Nya.” Yesus berkata kepadanya, “Kamu sudah melihat Dia. Dialah yang bercakap dengan kamu sekarang ini.” Orang itu menjawab, “Ya Tuhan, saya percaya.” Lalu dia sujud di hadapan Yesus. Yesus berkata, “Aku datang ke dunia ini untuk menghakimi orang supaya orang yang buta dapat melihat, tetapi orang yang dapat melihat menjadi buta.” Beberapa orang Farisi di situ mendengar kata-kata Yesus, lalu bertanya kepada-Nya, “Maksudmu kami ini buta juga?” Yesus menjawab, “Jika kamu buta, kamu tidak berdosa. Tetapi kerana kamu berkata bahawa kamu melihat, maka kamu masih berdosa.”
Baca YOHANES 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YOHANES 9:34-41
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video