YouVersion Logo
Search Icon

YOHANES 1:35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50

YOHANES 1:35 BM

Keesokan harinya Yohanes di tempat itu lagi dengan dua orang pengikutnya.

YOHANES 1:36 BM

Ketika dia nampak Yesus lalu di situ, dia berkata, “Lihatlah Anak Domba Allah!”

YOHANES 1:37 BM

Kedua-dua orang pengikut itu mendengar kata-kata Yohanes lalu mengikuti Yesus.

YOHANES 1:38 BM

Yesus berpaling dan nampak mereka sedang mengikuti Dia. Lalu Yesus bertanya, “Apa yang kamu cari?” Mereka menjawab, “Rabbi, di manakah rabbi tinggal?” (Dalam bahasa Ibrani ‘rabbi’ bermakna ‘guru.’)

YOHANES 1:39 BM

“Marilah lihat,” kata Yesus. (Masa itu kira-kira pukul empat petang.) Mereka pun mengikut Dia dan melihat tempat Yesus tinggal. Lalu mereka tinggal bersama-sama Dia pada hari itu.

YOHANES 1:40 BM

Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu pergi mengikut Yesus, ialah Andreas saudara Simon Petrus.

YOHANES 1:41 BM

Dengan segera Andreas mencari Simon, saudaranya dan berkata kepadanya, “Kami sudah berjumpa dengan Mesias!” (‘Mesias’ sama dengan ‘Kristus’).

YOHANES 1:42 BM

Kemudian Andreas membawa Simon kepada Yesus. Yesus memandang dia lalu berkata, “Kamu Simon anak Yohanes, tetapi kamu akan disebut Kefas.” (Kefas sama dengan Petrus dan bermakna: bukit batu.)

YOHANES 1:43 BM

Keesokan harinya Yesus mengambil keputusan untuk pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus, lalu berkata kepadanya, “Ikutlah Aku!” (

YOHANES 1:44 BM

Filipus berasal dari Betsaida, kota tempat Andreas dan Petrus tinggal.)

YOHANES 1:45 BM

Kemudian Filipus mencari Natanael dan berkata kepadanya, “Kami sudah berjumpa dengan orang yang disebut oleh Musa di dalam Taurat, dan yang dituliskan oleh nabi-nabi. Dia Yesus anak Yusuf dari Nasaret.”

YOHANES 1:46 BM

Tetapi Natanael berkata, “Bolehkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?” “Marilah lihat,” jawab Filipus.

YOHANES 1:47 BM

Apabila Yesus nampak Natanael datang kepada-Nya, Dia berkata tentang Natanael, “Inilah orang Israel sejati; tiada kepalsuan padanya!”

YOHANES 1:48 BM

Natanael bertanya kepada Yesus, “Bagaimana tuan mengenal saya?” Yesus menjawab, “Sebelum Filipus memanggil kamu, Aku telah nampak kamu di bawah pokok ara itu.”

YOHANES 1:49 BM

Natanael berkata, “Guru, Guru Anak Allah! Guru Raja bangsa Israel!”

YOHANES 1:50 BM

Yesus berkata pula, “Adakah kamu percaya kerana Aku berkata Aku nampak kamu di bawah pokok ara itu? Kamu akan melihat perkara-perkara yang jauh lebih besar daripada hal ini!”