Ya TUHAN, Engkau telah menipu aku dan aku telah tertipu. Engkau lebih kuat daripada aku dan telah mengalahkan aku. Aku diejek oleh setiap orang, dihina dari pagi sampai petang. Setiap kali aku berkata-kata, aku mesti berteriak sekuat-kuatnya, “Keganasan! Kemusnahan!” Ya TUHAN, aku diejek dan dihina setiap waktu, kerana aku menyampaikan perkhabaran-Mu. Tetapi apabila aku berkata, “Biarlah aku melupakan TUHAN, aku tidak mahu berucap demi nama-Nya lagi,” maka perkhabaran-Mu bagaikan api yang membara dalam hati sanubari. Aku telah cuba menahannya, tetapi aku tidak berdaya.
Baca YEREMIA 20
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YEREMIA 20:7-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video