Kitab ini mengandungi kata-kata Yeremia anak Hilkia, salah seorang imam dari kota Anatot di wilayah Benyamin. TUHAN berfirman kepada Yeremia pada tahun ketiga belas pemerintahan Raja Yosia putera Raja Amon di Yehuda. Kemudian TUHAN berfirman lagi kepada Yeremia pada masa pemerintahan Raja Yoyakim putera Raja Yosia. Selepas itu, TUHAN berfirman kepada Yeremia beberapa kali sehingga tahun kesebelas pemerintahan Raja Zedekia putera Raja Yosia. Pada bulan kelima tahun itu juga penduduk Yerusalem dibuang negeri. TUHAN berfirman kepadaku, “Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, aku sudah memilih dan melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.” Aku menjawab, “Ya TUHAN Raja, aku tidak pandai bercakap kerana aku masih terlalu muda.” Tetapi TUHAN menjawab, “Jangan berkata bahawa engkau masih terlalu muda. Pergilah kepada orang yang Kusuruh engkau pergi, dan beritahulah mereka segala sesuatu yang Kuperintahkan kepadamu. Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu. Aku, TUHAN telah berfirman!” Kemudian TUHAN menghulurkan tangan-Nya, menyentuh mulutku dan berfirman, “Dengarlah, Aku memberi engkau firman-Ku yang harus engkau ucapkan. Pada hari ini Aku memberi engkau kuasa atas bangsa dan kerajaan untuk mencabut dan menjatuhkannya, untuk membinasakan dan menggulingkannya, untuk membina dan menegakkannya.”
Baca YEREMIA 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YEREMIA 1:1-10
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video