YESAYA 9:1-6

Verse Images for YESAYA 9:1-6

YESAYA 9:1-6 - Orang yang berjalan dalam kegelapan
telah melihat cahaya yang sangat terang.
Mereka tinggal dalam bayangan segelap maut,
tetapi kini mereka disinari cahaya yang terang.
Ya TUHAN, Engkau telah memberi mereka kesukaan besar,
Engkau membahagiakan mereka.
Mereka bersukacita kerana perbuatan-Mu,
seperti orang bersukacita semasa menuai hasil tanaman,
atau membahagi-bahagikan barang jarahan.
Engkau sudah mengambil beban mereka yang berat,
dan kayu pikulan dari bahu mereka.
Engkau telah mengalahkan bangsa yang menindas dan memperdaya umat-Mu,
sebagaimana Engkau mengalahkan tentera Midian dahulu kala.
Kasut yang dipakai oleh tentera yang menyerang
dan segala pakaian mereka yang berlumuran darah
akan dibakar habis oleh api.
Seorang anak telah dilahirkan bagi kita!
Seorang anak lelaki telah dianugerahkan kepada kita!
Dia akan menjadi pemimpin kita.
Dia akan disebut “Penasihat Bijaksana,”
“Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,”
“Raja Damai.”
Kekuasaan-Nya akan terus bertambah;
pemerintahan-Nya akan sentiasa aman.
Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud,
pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum dan keadilan
dari sekarang hingga akhir zaman.
TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini.YESAYA 9:1-6 - Orang yang berjalan dalam kegelapan

TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan YESAYA 9:1-6