Tetapi orang akan menyuruh kamu meminta petunjuk daripada tukang tenung dan bomoh yang berbisik-bisik dan berkumat-kamit. Orang akan berkata, “Bukankah kita harus minta petunjuk daripada arwah-arwah demi kepentingan orang yang masih hidup?” Hendaklah kamu menjawab, “Dengarkan ajaran TUHAN! Orang yang tidak berkata-kata sesuai dengan ajaran itu, tidak mempunyai harapan.” Umat ini akan mengembara di serata negeri, dan berasa kecewa serta lapar. Kerana kelaparan, mereka marah sehingga mengutuk raja dan Allah mereka. Walaupun mereka memandang ke atas atau memandang ke bawah, mereka tidak akan melihat apa-apa selain kesusahan dan kegelapan serta kesuraman yang mencengkam. Mereka akan dibuang ke tempat yang gelap gelita.
Baca YESAYA 8
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YESAYA 8:19-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video