YESAYA 56:6-8
YESAYA 56:6-8 BM
TUHAN berfirman kepada orang bangsa asing yang telah menjadi sebahagian daripada umat-Nya, yang mengasihi Dia dan berbakti kepada-Nya, yang merayakan hari Sabat serta berpegang teguh pada perjanjian-Nya, “Aku akan membawa kamu ke Sion, bukit-Ku yang suci. Aku akan memberi kamu kegembiraan di dalam rumah doa-Ku. Aku akan menyambut korban-korban yang kamu persembahkan di mazbah-Ku. Rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi semua bangsa.” TUHAN Raja yang membawa umat-Nya pulang dari pembuangan telah berjanji bahawa Dia juga akan mengumpulkan bangsa lain untuk bergabung dengan mereka yang sudah terkumpul.