Masanya akan tiba apabila orang menyanyikan lagu ini di tanah Yehuda: Kota kita kuat! Allah yang membela temboknya! Bukalah pintu-pintu gerbang kota, supaya masuk bangsa-bangsa yang setia, yang rakyatnya melakukan kehendak Allah. Engkau, TUHAN, memberikan kedamaian dan kesejahteraan kepada orang yang teguh hati, kerana mereka percaya kepada-Mu. Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya; Dia akan sentiasa melindungi kita. Dia telah merendahkan orang yang sombong; Dia memusnahkan kota kukuh yang didiami mereka, dan meruntuhkan temboknya sehingga rata dengan tanah. Orang yang miskin dan sengsara akan memijak-mijaknya. Jalan yang ditempuh orang baik itu lurus, kerana Engkau, TUHAN, meluruskannya bagi mereka. Kami menurut kehendak-Mu dan berharap kepada-Mu; hanya Engkau yang kami rindui.
Baca YESAYA 26
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YESAYA 26:1-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video