Pada hari kedua puluh satu bulan ketujuh pada tahun itu juga, TUHAN berfirman lagi melalui Nabi Hagai. TUHAN menyuruh Hagai menyampaikan perkhabaran berikut kepada Zerubabel, gabenor Yehuda itu, Imam Agung Yosua, dan rakyat, “Adakah sesiapa antara kamu yang masih ingat betapa cantiknya Rumah-Ku dahulu? Sekarang bagaimana keadaannya, menurut pendapat kamu? Mungkin kelihatannya tidak menarik sama sekali. Tetapi janganlah seorang pun putus asa! Teruskanlah pekerjaan itu, kerana Aku menyertai kamu. Ketika kamu keluar dari Mesir, Aku telah berjanji untuk selalu menyertai kamu. Sekarang pun Aku masih menyertai kamu. Oleh itu, kamu tidak perlu takut. Tidak lama lagi Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, darat dan laut. Aku akan menggulingkan semua kerajaan dan harta benda mereka akan dibawa ke sini, sehingga Rumah-Ku akan penuh dengan kekayaan. Segala emas dan perak di dunia ini milik-Ku. Rumah-Ku yang baru akan lebih cantik daripada yang dahulu, dan di situlah Aku memberi umat-Ku kemakmuran dan kedamaian.” Demikianlah firman TUHAN Yang Maha Kuasa.
Baca HAGAI 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: HAGAI 2:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video