tetapi semua orang lain jahat di sisi Allah, dan kekejaman terdapat di mana-mana. Allah memandang dunia dan nampak kejahatan sahaja, kerana kehidupan semua manusia jahat. Kemudian Allah berfirman kepada Nuh, “Aku sudah mengambil keputusan untuk menamatkan hidup semua manusia. Aku akan membinasakan mereka berserta bumi, kerana bumi sudah penuh dengan kekejaman mereka. Binalah sebuah bahtera untukmu; sebuah bahtera daripada kayu keras. Buatlah bilik-bilik di dalamnya, dan lapisilah bahagian dalam dan luar bahtera itu dengan tar. Bahtera itu harus berukuran 133 meter panjang, 22 meter lebar, dan 13 meter tinggi. Buatlah bumbung pada bahtera itu, dan berilah jarak 44 sentimeter di antara bumbung dan dindingnya. Buatlah bahtera itu bertingkat tiga, dan pasanglah sebuah pintu di sisinya. Aku akan mendatangkan banjir untuk membinasakan setiap makhluk yang hidup di bumi. Segala sesuatu di bumi akan mati, tetapi Aku hendak membuat perjanjian dengan engkau. Masuklah ke dalam bahtera itu bersama-sama isterimu, anak-anakmu serta isteri-isteri mereka. Bawalah seekor jantan dan seekor betina daripada setiap jenis burung dan binatang darat, yang kecil mahupun yang besar, supaya semua itu tidak turut binasa. Bawalah juga segala jenis makanan untukmu dan untuk semua binatang itu.” Nuh melakukan segala sesuatu yang diperintahkan Allah.
Baca KEJADIAN 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KEJADIAN 6:11-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video