KEJADIAN 49:13-27

KEJADIAN 49:13-27 BM

Zebulon akan tinggal dekat laut; kapal-kapal akan berlabuh di pantainya; sempadan wilayahnya sampai ke Sidon. Isakhar umpama keldai kuat yang terlentang di antara kantung pelana. Dia melihat betapa baiknya tempat itu dan betapa indahnya negeri itu. Oleh itu dia membongkok untuk memikul beban, dan dipaksa bekerja sebagai hamba. Dan akan memerintah bangsanya, mereka akan menjadi seperti suku Israel yang lain. Dan bagaikan ular di pinggir jalan, ular berbisa di tepi lorong, yang mematuk tumit kuda sehingga penunggangnya tercampak. Aku menantikan penyelamatan daripada-Mu, ya TUHAN. Gad akan diserang perompak, namun dia akan berbalik dan merompak mereka. Tanah Asyer akan menghasilkan makanan lazat, dia akan menyediakan makanan bagi raja. Naftali bagaikan rusa yang pantas, yang melahirkan anak-anak yang cantik. Yusuf umpama keldai muda, keldai liar dekat mata air, berlari-lari di lereng gunung. Musuh menyerangnya dengan sengit, mengejarnya dengan busur dan panah. Tetapi lengan Yusuf tetap kuat, dan busurnya kukuh, kerana kekuatan Allah Yakub yang Berkuasa, Gembala dan Pelindung Israel. Allah bapamu menolong engkau; Allah Yang Maha Kuasa memberkati engkau dengan hujan dari langit dan air dari bawah tanah, dengan anak dan lembu, dengan gandum dan bunga, dengan gunung-gunung purba, dengan kekayaan dari bukit-bukit yang abadi. Semoga semua berkat itu dicurahkan di atas kepala Yusuf, dan pada dahinya. Dialah yang teristimewa di kalangan saudara-saudaranya. Benyamin bagaikan serigala yang ganas. Pada pagi hari dia menerkam mangsanya. Pada malam hari dia mencarik-cariknya.”