Yakub lebih sayang kepada Yusuf daripada semua anaknya yang lain, kerana Yusuf dilahirkan ketika Yakub sudah tua. Pada suatu hari Yakub membuat sehelai jubah yang sangat cantik Apabila saudara-saudara Yusuf nampak bapa mereka lebih menyayangi Yusuf, mereka membenci Yusuf sehingga tidak mahu bercakap baik-baik dengan dia lagi. Pada suatu malam Yusuf bermimpi. Apabila dia menceritakan mimpinya kepada saudara-saudaranya, mereka bertambah benci akan dia. Inilah yang dikatakan Yusuf kepada mereka, “Cuba dengar mimpiku. Aku bermimpi kita semua berada di ladang dan sedang memberkas gandum, lalu berkas gandumku berdiri tegak. Kemudian berkas-berkas gandum kamu mengelilingi berkas gandumku, lalu sujud kepada berkas gandumku itu.” Lalu saudara-saudara Yusuf berkata kepadanya, “Kaufikir engkau akan menjadi raja dan berkuasa atas kami?” Oleh itu mereka semakin membenci Yusuf kerana mimpi dan kata-katanya. Kemudian Yusuf bermimpi lagi. Dia berkata kepada saudara-saudaranya, “Aku bermimpi lagi. Aku nampak matahari, bulan, dan sebelas bintang sujud kepadaku.” Mimpi itu diceritakannya pula kepada bapanya. Lalu bapanya menegur dia, “Mimpi apakah itu? Kaufikir aku, ibumu, dan saudara-saudaramu akan datang dan sujud menyembah engkau?”
Baca KEJADIAN 37
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KEJADIAN 37:3-10
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video