Tetapi dia tinggal di situ seorang diri. Kemudian datanglah seorang lelaki bergomol dengan Yakub sampai menjelang pagi. Apabila orang itu berasa tidak akan menang dalam pergomolan itu, dia memukul pinggul Yakub sehingga sendinya terkehel. Orang itu berkata, “Lepaskanlah aku; sebentar lagi matahari akan terbit.” Yakub menjawab, “Saya tidak akan melepaskan tuan, kecuali tuan memberkati saya.” “Siapa namamu?” tanya orang itu. “Yakub,” jawabnya. Orang itu berkata, “Namamu bukan Yakub lagi. Engkau telah bergomol dengan Allah serta manusia, dan engkau sudah menang; kerana itu sekarang namamu Israel.” Yakub berkata, “Sekarang beritahulah saya nama tuan.” Tetapi orang itu menjawab, “Tidak perlu engkau mengetahui namaku!” Kemudian dia memberkati Yakub.
Baca KEJADIAN 32
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KEJADIAN 32:24-29
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video