Selepas itu Ribka mengambil pakaian Esau yang terbaik, yang disimpannya di dalam khemah, lalu mengenakan pakaian itu pada Yakub. Dia menutupi lengan dan leher Yakub yang tidak berbulu dengan kulit kambing. Dia memberikan makanan yang lazat itu bersama dengan roti yang dibuatnya, kepada Yakub. Kemudian Yakub pergi kepada bapanya dan berkata, “Ayah!” “Ya”, jawab bapanya. “Siapakah engkau, Esau atau Yakub?” Yakub menjawab, “Saya Esau, anak sulung ayah; saya sudah melakukan suruhan ayah. Duduklah dan makanlah daging binatang buruan yang saya bawa ini supaya ayah dapat memberkati saya.”
Baca KEJADIAN 27
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KEJADIAN 27:15-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video