TUHAN memberkati Sara sebagaimana yang sudah dijanjikan-Nya. Pada masa yang telah ditentukan Allah, ketika Abraham sudah tua, Sara mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Abraham menamakan anak itu Ishak. Ketika Ishak berumur lapan hari, Abraham menyunatnya, menurut perintah Allah. Abraham berumur 100 tahun ketika Ishak dilahirkan. Sara berkata, “Allah sudah membuat aku tertawa kerana gembira. Setiap orang yang mendengar hal ini akan tertawa bersama-samaku.” Kemudian dia berkata lagi, “Siapakah dahulunya dapat berkata kepada suamiku bahawa aku akan menyusui anak? Namun aku sudah melahirkan juga seorang anak lelaki untuk dia ketika umurnya sudah lanjut.” Anak itu bertambah besar, lalu pada hari dia bercerai susu, Abraham mengadakan jamuan besar.
Baca KEJADIAN 21
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KEJADIAN 21:1-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video