TUHAN Raja berfirman, “Hai kamu yang memerintah Israel, kamu telah berdosa terlalu lama. Hentikan penindasan dan perbuatan yang kejam. Lakukan yang benar dan adil. Jangan sekali-kali usir umat-Ku dari tanah mereka lagi. Aku, TUHAN Raja, berfirman kepada kamu. Setiap orang harus menggunakan timbangan dan sukatan yang tepat
Baca YEHEZKIEL 45
Kongsi
Tetapi pada perayaan-perayaan bulan baru, hari Sabat, dan hari perayaan yang lain, penguasa bertanggungjawab menyediakan binatang untuk dipersembahkan sebagai korban, dan juga korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, serta korban wain bagi seluruh bangsa Israel. Dialah yang bertanggungjawab menyediakan korban untuk mengampunkan dosa, korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan korban untuk memohon berkat-Ku. Maka Aku akan mengampunkan dosa umat Israel.” TUHAN Raja berfirman, “Pada hari pertama, bulan pertama, kamu harus menyucikan Rumah-Ku dengan mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang tidak ada cacat. Lalu imam harus mengambil darah daripada korban untuk mengampunkan dosa itu, lalu menyapukannya pada tiang-tiang pintu Rumah TUHAN, keempat-empat sudut mazbah, dan tiang-tiang pintu gerbang yang menuju ke halaman dalam. Pada hari ketujuh, bulan itu, kamu harus berbuat demikian juga untuk sesiapa sahaja yang berdosa dengan tidak sengaja atau tanpa diketahuinya. Dengan demikian, kamu akan menjaga kesucian Rumah-Ku.
Bandingkan Semua Versi: YEHEZKIEL 45:9-10, 17-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video