YEHEZKIEL 2
2
Allah Memanggil Yehezkiel Menjadi Nabi
Apabila aku melihat semuanya, aku jatuh tertelungkup di atas tanah. Lalu aku mendengar suara yang 1berkata, “Hai manusia fana, berdirilah. Aku hendak berfirman kepadamu.” 2Sewaktu aku mendengar suara itu, Roh Allah menguasai aku dan menegakkan aku. Aku mendengar suara itu berkata lagi, 3“Hai manusia fana, Aku mengutus engkau kepada umat Israel. Mereka telah memberontak terhadap Aku seperti nenek moyang mereka dahulu. Sampai sekarang mereka masih memberontak. 4Mereka degil dan tidak menghormati Aku. Oleh itu Aku mengutus engkau untuk menyampaikan apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka. 5Sama ada pemberontak itu mendengar engkau atau tidak, mereka akan tahu bahawa ada nabi di kalangan mereka.
6Tetapi engkau, hai manusia fana, janganlah takut kepada mereka atau kepada apa-apa sahaja yang dikatakan mereka. Mereka akan mencabar dan menghina engkau. Engkau akan merasa seperti hidup di tengah-tengah kala jengking. Meskipun demikian, janganlah takut kepada pemberontak itu, atau kepada apa-apa sahaja yang dikatakan mereka. 7Sampaikanlah firman-Ku kepada mereka, sama ada mereka mendengar ataupun tidak. Ingatlah, mereka semuanya pemberontak.
8Hai manusia fana, dengarlah firman-Ku. Janganlah memberontak seperti mereka. Bukalah mulutmu dan makanlah apa yang Aku berikan ini.” 9Kemudian aku melihat tangan yang terhulur ke arahku. Tangan itu memegang sebuah gulungan naskhah. 10 Lalu gulungan naskhah itu dibuka dan aku melihat tulisan pada kedua-dua belahnya - tulisan yang mengandungi ratapan, keluh-kesah, dan rintihan.
Terpilih Sekarang Ini:
YEHEZKIEL 2: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.