Beberapa waktu kemudian, Raja Ahasyweros melantik seorang yang bernama Haman menjadi perdana menteri. Haman ialah anak Hamedata daripada keturunan Agag. Raja memerintah supaya semua pegawai yang berkhidmat kepada raja menghormati Haman dengan bersujud kepadanya. Semua orang patuh kepada perintah itu kecuali Mordekhai. Para pegawai lain yang berkhidmat kepada raja bertanya kepada Mordekhai sebabnya dia melanggar perintah raja. Setiap hari mereka mendesak dia supaya menurut sahaja, tetapi Mordekhai tidak mahu mengikut nasihat mereka. “Saya seorang Yahudi,” kata Mordekhai, “oleh itu saya tidak dapat bersujud kepada manusia.” Mereka melaporkan hal itu kepada Haman kerana mereka ingin tahu tindakan apa yang akan diambilnya terhadap Mordekhai. Haman sangat marah apabila dia mengetahui bahawa Mordekhai tidak mahu bersujud kepadanya. Apabila Haman mengetahui bahawa Mordekhai orang Yahudi, dia bertekad bukan sahaja untuk menghukum Mordekhai tetapi juga membinasakan tiap-tiap orang Yahudi di seluruh Kerajaan Persia.
Baca ESTER 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: ESTER 3:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video