Sementara itu Mordekhai telah diangkat oleh raja menjadi seorang pegawai negeri. Sehingga masa itu Ester masih belum memberitahu sesiapa pun bahawa dia berbangsa Yahudi. Mordekhai melarang dia memberitahu sesiapa pun tentang bangsanya. Ester mentaati Mordekhai seperti pada masa dia masih kanak-kanak dan diasuh oleh Mordekhai. Pada suatu hari, ketika Mordekhai bertugas di istana, Bigtan dan Teres, iaitu dua orang sida-sida yang mengawal pintu ke bilik-bilik raja, berasa sakit hati terhadap raja. Oleh itu mereka bermuslihat untuk membunuh raja. Mordekhai mengetahui muslihat mereka itu lalu memberitahu Permaisuri Ester. Dengan segera Permaisuri Ester memberitahu raja tentang apa yang diketahui oleh Mordekhai. Ketika hal itu disiasat, maka nyatalah bahawa laporan itu benar; kedua-dua orang itu dihukum gantung. Kemudian raja memberikan perintah supaya hal itu dicatat di dalam catatan rasmi kerajaan.
Baca ESTER 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: ESTER 2:19-23
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video