Aristarkhus yang ada di penjara bersama-samaku, mengirim salam kepada kamu. Demikian juga Markus, saudara sepupu Barnabas. (Kamu sudah diberitahu untuk menyambut Markus apabila dia datang.) Yesus, yang dipanggil Yustus, mengirim salam juga. Hanya mereka bertiga daripada orang Yahudi, yang sudah percaya kepada Yesus dan yang bekerja bersama-sama aku untuk mewujudkan Pemerintahan Allah. Mereka sangat menolong aku. Salam daripada Epafras, seorang lagi daripada kalangan kamu. Dia hamba Kristus Yesus, dan dia sentiasa berdoa dengan tekun bagi kamu. Dia memohon kepada Allah supaya iman kamu teguh, dan kamu betul-betul matang, serta taat kepada kehendak Allah dengan sepenuhnya. Aku sendiri dapat memberikan kesaksian betapa kerasnya dia bekerja untuk kamu dan untuk orang di Laodikia dan Hierapolis. Lukas, doktor yang kita kasihi dan Demas mengirim salam kepada kamu. Sampaikanlah salam kami kepada saudara-saudara di Laodikia, dan kepada Nimfa, serta jemaah yang beribadat di rumahnya. Setelah surat ini dibacakan kepada kamu, pastikanlah bahawa surat ini juga dibacakan kepada jemaah di Laodikia. Kamu juga harus membaca surat yang akan dikirim dari Laodikia. Katakanlah kepada Arkhipus, “Selesaikanlah tugas yang diberikan kepadamu untuk melakukan kerja bagi Tuhan.” Dengan tangan sendiri aku menulis kata-kata ini: Salam daripada Paulus. Janganlah lupa bahawa aku masih di dalam penjara! Semoga Allah memberkati kamu.
Baca KOLOSE 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KOLOSE 4:10-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video