Pada masa itu Raja Herodes mula menganiaya beberapa orang daripada jemaah. Dengan perintah Raja Herodes, Yakobus, saudara Yohanes dipenggal kepalanya. Apabila Raja Herodes melihat bahawa perkara itu menyenangkan hati orang Yahudi, Raja Herodes melanjutkan perbuatannya yang jahat dengan menangkap Petrus. (Hal ini berlaku pada waktu Perayaan Roti Tidak Beragi.) Setelah Petrus ditangkap, dia dimasukkan ke dalam penjara. Di situ dia dijaga oleh empat kumpulan askar, dan setiap kumpulan terdiri daripada empat orang askar. Raja Herodes bercadang mengadili Petrus di hadapan umum apabila perayaan Paska berakhir.
Baca KISAH RASUL-RASUL 12
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KISAH RASUL-RASUL 12:1-4
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video