Timotius, anakku! Kuatkanlah dirimu dengan rahmat-Nya yang menjadi milik kita, kerana kita bersatu dengan Kristus Yesus. Ajaran yang engkau dengar ketika aku mengisytiharkannya di hadapan banyak saksi, hendaklah engkau percayakan kepada orang yang boleh dipercayai dan yang dapat mengajar orang lain. Engkau juga harus turut menderita sebagai askar Kristus Yesus yang setia. Seorang askar yang sedang bertugas ingin menyenangkan hati komandannya. Dia tidak membabitkan diri dengan urusan orang awam. Seorang olahragawan tidak akan memenangi hadiah kecuali dia mentaati peraturan. Peladang yang bekerja keras patut mendapat bahagian pertama daripada hasil tuaian. Renungkanlah apa yang aku katakan ini, kerana Tuhan akan membolehkan engkau memahami semuanya. Ingatlah akan hal ini: Menurut Berita Baik yang aku isytiharkan, Yesus Kristus telah dibangkitkan daripada kematian dan Dia keturunan Daud. Oleh sebab aku mengisytiharkan Berita Baik itu, aku menderita, bahkan aku dirantai seperti seorang penjahat. Tetapi firman Allah tidak dapat dirantai. Itulah sebabnya aku bertabah hati menanggung semuanya demi kepentingan umat yang telah dipilih oleh Allah, supaya mereka juga mendapat penyelamatan yang diberikan melalui Kristus Yesus dan yang disertai kemuliaan yang kekal. Sungguh benar kenyataan ini: “Jika kita mati bersama-sama Dia, kita juga akan hidup bersama-sama Dia. Jika kita tetap bertabah, kita juga akan memerintah bersama-sama Dia. Jika kita menyangkal Dia, Dia juga akan menyangkal kita. Jika kita tidak setia, Dia tetap setia, kerana Dia tidak dapat bertentangan dengan diri-Nya sendiri.”
Baca 2 TIMOTIUS 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 TIMOTIUS 2:1-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video