Selepas raja menyeberangi sungai itu, dengan diiringi segenap pasukan Yehuda dan separuh pasukan Israel, raja pergi ke Gilgal. Kimham mengikut Raja Daud. Kemudian semua orang Israel menghadap raja dan bertanya kepadanya, “Tuanku, mengapa saudara kami orang Yehuda menganggap bahawa merekalah yang layak mengajak dan mengiringi tuanku, keluarga tuanku dan semua orang tuanku menyeberangi Sungai Yordan?” Orang Yehuda menjawab, “Kami berbuat demikian kerana raja kerabat kami. Mengapa kamu marah? Raja tidak membiayai makanan kami, ataupun memberi kami hadiah apa-apa.” Orang Israel berkata, “Kami sepuluh kali lebih berhak daripada kamu terhadap Raja Daud. Walaupun raja kerabat kamu, mengapa kamu memandang rendah terhadap kami? Jangan lupa bahawa kamilah yang pertama mencadangkan untuk membawa raja pulang!” Tetapi orang Yehuda lebih kuat mengemukakan hak mereka daripada orang Israel.
Baca 2 SAMUEL 19
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 SAMUEL 19:40-43
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video