Beberapa orang dari Yerikho berkata kepada Elisa, “Sebagaimana tuan tahu, kota ini baik, tetapi airnya tidak baik dan menyebabkan banyak perempuan hamil keguguran.” Elisa berkata, “Bubuhlah garam di dalam sebuah mangkuk baru dan bawalah mangkuk itu kepada saya.” Mereka pun membawanya kepada Elisa. Elisa pergi ke tempat mata air, lalu melemparkan garam itu ke dalam air, dan berkata, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Aku membersihkan air ini supaya tidak lagi menyebabkan kematian ataupun keguguran.’ ” Sejak itu airnya baik seperti yang dikatakan Elisa. Elisa meninggalkan Yerikho lalu pergi ke Betel. Di tengah jalan, beberapa orang budak lelaki yang datang dari bandar mengolok-olok dia. Mereka berkata, “Hai botak, pergi dari sini!” Elisa menoleh, memandang budak-budak itu, lalu mengutuk mereka atas nama TUHAN. Selepas itu dua ekor beruang betina keluar dari hutan dan mencabik-cabikkan tubuh empat puluh dua orang daripada budak-budak itu. Elisa meneruskan perjalanannya ke Gunung Karmel, kemudian dia pulang ke Samaria.
Baca 2 RAJA-RAJA 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 RAJA-RAJA 2:19-25
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video