Semasa aku mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah kepada kamu, aku tidak meminta bayaran apa-apa pun. Aku merendahkan diri supaya kamu ditinggikan. Adakah hal itu suatu kesalahan? Pada masa aku melakukan pelayanan di kalangan kamu, aku dibiayai oleh jemaah lain. Boleh dikatakan aku ini seperti merompak jemaah itu supaya dapat menolong kamu. Pada masa itu aku tidak pernah menyusahkan kamu meskipun aku memerlukan bantuan wang. Segala keperluanku disediakan oleh saudara-saudara yang datang dari Makedonia. Baik dahulu mahupun pada masa yang akan datang, aku tidak akan membebani kamu!
Baca 2 KORINTUS 11
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 KORINTUS 11:7-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video