Semua imam daripada setiap kumpulan yang hadir di sana telah menyucikan diri. Semua penyanyi orang Lewi, iaitu Asaf, Heman, dan Yedutun, serta anggota-anggota puak mereka, memakai pakaian linen. Orang Lewi berdiri di sebelah timur mazbah dengan simbal dan kecapi. Bersama dengan mereka ada 120 orang imam yang meniup trompet. Nyanyian para penyanyi berpadu dengan iringan trompet, simbal, dan alat muzik lain. Inilah seni kata lagu yang dinyanyikan mereka untuk memuji TUHAN: “Pujilah TUHAN, kerana Dia baik, kasih-Nya kekal abadi.” Apabila para imam keluar dari Rumah TUHAN, tiba-tiba Rumah TUHAN dipenuhi awan yang bersinar dengan cahaya hadirat TUHAN, sehingga mereka tidak dapat meneruskan upacara ibadat.
Baca 2 TAWARIKH 5
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 TAWARIKH 5:11-14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video