Selama itu TUHAN, Allah nenek moyang mereka, terus-menerus mengutus nabi untuk memberikan amaran kepada umat-Nya, kerana Dia hendak menyelamatkan mereka dan Rumah TUHAN. Tetapi mereka mempermainkan utusan-utusan Allah itu, tidak menghiraukan firman-Nya, dan mentertawakan nabi-nabi-Nya. Akhirnya, TUHAN sangat murka terhadap mereka sehingga tiada lagi jalan keluar untuk melepaskan diri umat-Nya daripada hukuman-Nya. Oleh itu TUHAN mendatangkan raja Babilonia untuk menyerang mereka. Raja Babilonia membunuh kaum belia Yehuda, bahkan orang yang berada di dalam Rumah TUHAN. Raja itu tidak mengasihani sesiapa pun, muda atau tua, lelaki atau perempuan, orang sakit ataupun orang sihat. Allah menyerahkan mereka semua kepada raja Babilonia. Perkakas-perkakas Rumah TUHAN dan barang-barang berharga yang ada di situ, harta benda raja dan para pegawainya, dirampas oleh raja Babilonia, lalu dibawa ke Babel. Raja itu merobohkan tembok kota Yerusalem dan membakar kota itu, termasuk Rumah TUHAN dan semua istana, bersama-sama barang-barang berharga di dalam istana. Raja Babilonia membawa semua orang yang masih hidup di kota itu ke Babilonia. Mereka dipaksa menjadi abdi kepada raja dan keturunannya sehingga permulaan kerajaan Persia. Dengan demikian berlakulah apa yang difirmankan TUHAN melalui Nabi Yeremia, “Negeri ini akan terbiar selama tujuh puluh tahun untuk mengganti tahun-tahun Sabat yang tidak dipedulikan.”
Baca 2 TAWARIKH 36
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 TAWARIKH 36:15-21
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video