Kemudian Daud pergi ke kawasan En-Gedi dan bersembunyi di situ. Ketika Raja Saul balik dari peperangan melawan orang Filistin, dia mendengar bahawa Daud berada di padang gurun dekat En-Gedi. Raja Saul memilih tiga ribu orang askar yang terbaik daripada seluruh Israel, lalu berangkat mencari Daud dan anak buahnya di sebelah timur Bukit Batu Kambing Hutan. Raja Saul sampai di suatu tempat dekat beberapa buah kandang domba di tepi jalan. Raja Saul masuk ke dalam gua di situ untuk membuang air besar. Kebetulan sekali Daud dan anak buahnya sedang bersembunyi di gua itu juga, lebih ke dalam lagi. Anak buah Daud berkata kepadanya, “Inilah kesempatan tuan. Bukankah TUHAN sudah berfirman kepada tuan demikian, ‘Musuhmu akan Kuserahkan kepadamu, buatlah sesuka hatimu terhadap dia.’ ” Kemudian Daud menyelinap ke tempat Raja Saul dan dengan diam-diam memotong sedikit daripada tepi jubah Raja Saul. Tetapi setelah itu, Daud berasa bersalah kerana dia telah melakukan hal itu. Dia berkata kepada anak buahnya, “Semoga TUHAN mencegah aku daripada berbuat jahat terhadap rajaku yang telah dipilih TUHAN. Aku tidak boleh menyakiti raja sedikit pun kerana raja telah dipilih TUHAN.”
Baca 1 SAMUEL 24
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 SAMUEL 24:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video