Kemudian Daud pergi ke kawasan En-Gedi dan bersembunyi di situ. Ketika Raja Saul balik dari peperangan melawan orang Filistin, dia mendengar bahawa Daud berada di padang gurun dekat En-Gedi. Raja Saul memilih tiga ribu orang askar yang terbaik daripada seluruh Israel, lalu berangkat mencari Daud dan anak buahnya di sebelah timur Bukit Batu Kambing Hutan. Raja Saul sampai di suatu tempat dekat beberapa buah kandang domba di tepi jalan. Raja Saul masuk ke dalam gua di situ untuk membuang air besar. Kebetulan sekali Daud dan anak buahnya sedang bersembunyi di gua itu juga, lebih ke dalam lagi.
Baca 1 SAMUEL 24
Kongsi
Tuanku tahu pepatah lama ini, ‘Kejahatan hanya dilakukan oleh orang jahat.’ Oleh sebab itu hamba tidak akan menyakiti tuanku. Perhatikanlah hamba ini yang hendak dibunuh oleh raja Israel! Lihatlah hamba ini yang dikejar-kejar oleh tuanku! Hamba hanya seekor anjing mati, seekor kutu sahaja! TUHAN akan mengadili antara tuanku dan hamba, dan menentukan siapa yang bersalah. Semoga Dia memeriksa perkara ini, dan membela hamba serta menyelamatkan hamba daripada tuanku.” Setelah Daud mengucapkan kata-kata itu, Raja Saul bertitah, “Benarkah kamu ini Daud, anakku?” Lalu Raja Saul menangis. Kemudian Raja Saul bertitah kepada Daud, “Memang kamulah yang benar dan beta bersalah. Kamu telah berlaku begitu baik terhadap beta, walaupun beta telah berlaku jahat terhadapmu.
Bandingkan Semua Versi: 1 SAMUEL 24:1-4, 14-18
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video