Pada suatu hari Daud diberitahu bahawa orang Filistin menyerang kota Kehila dan merampas biji-bijian yang baru dituai. Oleh itu dia bertanya kepada TUHAN, “Haruskah aku pergi menyerang orang Filistin?” “Ya,” jawab TUHAN. “Seranglah mereka dan selamatkanlah penduduk Kehila.” Tetapi anak buah Daud berkata kepadanya, “Sedangkan di sini, di Yehuda, kita sudah ketakutan, apalagi kalau kita pergi ke Kehila dan menyerang orang Filistin!” Oleh itu Daud bertanya lagi kepada TUHAN, dan TUHAN menjawab, “Pergilah dan seranglah kota Kehila, kerana Aku akan memberi engkau kemenangan terhadap orang Filistin.” Kemudian Daud dan anak buahnya pergi ke Kehila lalu menyerang orang Filistin. Mereka membunuh banyak orang Filistin dan merampas ternakan mereka. Demikianlah Daud menyelamatkan penduduk kota itu.
Baca 1 SAMUEL 23
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 SAMUEL 23:1-5
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video