lalu Yonatan berkata kepada Daud, “Semoga TUHAN, Allah Israel menjadi saksi kita. Esok atau lusa kira-kira pada waktu ini, aku akan berusaha untuk mengetahui isi hati bapaku. Jika dia bersikap baik terhadapmu, aku akan mengirim khabar kepadamu. Tetapi jika dia berniat untuk mencelakakan engkau, biarlah TUHAN membunuh aku jika aku tidak memberitahukan hal itu kepadamu dan menyelamatkan engkau. Semoga TUHAN menyertai engkau sebagaimana Dia menyertai bapaku dahulu! Jika aku masih hidup, ingatlah akan perjanjian kita di hadapan TUHAN dan setialah kepadaku; tetapi jika aku sudah tiada, tunjukkanlah kesetiaanmu terhadap keturunanku sampai selama-lamanya. Setelah TUHAN membinasakan semua musuhmu, semoga perjanjian antara kita berdua tetap kekal. Jika perjanjian itu dibatalkan, TUHAN akan menghukum engkau.” Itulah kali kedua Yonatan minta Daud berjanji untuk mengasihinya, kerana dia sendiri mengasihi Daud seperti dirinya sendiri.
Baca 1 SAMUEL 20
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 SAMUEL 20:12-17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video