Raja Salomo mencintai banyak wanita bangsa asing. Selain puteri raja Mesir, baginda juga berkahwin dengan wanita Het, Moab, Amon, Edom, dan Sidon. Raja Salomo masih juga berkahwin dengan mereka walaupun TUHAN telah melarang umat Israel berkahwin campur dengan bangsa-bangsa itu, kerana mereka akan menyebabkan umat Israel menyembah tuhan-tuhan lain. Raja Salomo berkahwin dengan tujuh ratus orang puteri raja dan mempunyai tiga ratus orang gundik. Mereka menyebabkan Raja Salomo meninggalkan Allah, sehingga mereka berjaya membujuknya menyembah tuhan-tuhan lain ketika Raja Salomo sudah tua. Raja Daud, ayahanda Raja Salomo setia kepada TUHAN, Allahnya, tetapi Raja Salomo tidak seperti ayahandanya.
Baca 1 RAJA-RAJA 11
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 RAJA-RAJA 11:1-4
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video