Orang yang menanam benih dan orang yang menyiramnya tidaklah penting. Allah sahaja yang penting, kerana Dia yang menyebabkan tanaman itu tumbuh. Orang yang menanam benih setaraf dengan orang yang menyiramnya; Allah akan mengurniakan pahala menurut kerja masing-masing. Kami orang yang bekerja bersama-sama untuk Allah, dan kamu bagaikan ladang Allah. Kamu juga bagaikan bangunan Allah. Dengan kurnia yang dianugerahkan Allah, aku sebagai pembina yang mahir sudah meletakkan asas bangunan tersebut, dan orang lain membina bangunan di atas asas itu. Tetapi setiap orang haruslah membinanya dengan cermat, kerana Allah sendiri sudah menempatkan Yesus Kristus sebagai satu-satunya asas bagi bangunan itu, dan tidak ada asas yang lain.
Baca 1 KORINTUS 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 KORINTUS 3:7-11
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video