Saudara-saudaraku! Sebenarnya aku tidak dapat bercakap dengan kamu seperti bercakap dengan orang yang mempunyai Roh Allah. Aku terpaksa bercakap dengan kamu seperti bercakap dengan orang yang masih dikuasai keinginan duniawi, atau seperti bercakap dengan orang yang masih kanak-kanak dalam kepercayaan mereka kepada Kristus. Dahulu aku memberi kamu susu, bukan makanan orang dewasa kerana kamu belum sedia menerimanya. Tetapi sekarang pun kamu masih belum dapat menerima ajaran yang lebih dalam, kerana kamu masih hidup menurut tabiat manusia. Apabila kamu iri hati dan saling bertengkar, bukankah hal itu membuktikan bahawa kamu hidup menurut tabiat manusia, seperti orang yang tidak mengenal Allah?
Baca 1 KORINTUS 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 KORINTUS 3:1-3
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video