Dengan demikian sesiapa makan roti Tuhan atau minum dari cawan-Nya dengan cara yang tidak menghormati Dia, orang itu berdosa terhadap tubuh dan darah Tuhan. Oleh itu setiap orang harus memeriksa diri lebih dahulu, barulah dia boleh makan roti itu dan minum dari cawan itu. Hal itu demikian, kerana sesiapa makan roti dan minum dari cawan itu dengan tidak mengerti bahawa perjamuan itu berkenaan dengan tubuh Tuhan, orang itu akan mendatangkan hukuman kepada dirinya sendiri. Itulah sebabnya banyak antara kamu yang sakit dan lemah, dan ada juga yang mati. Jika kita memeriksa diri kita lebih dahulu, kita tidak akan dihukum oleh Allah. Tetapi jika kita diadili dan dihukum oleh Tuhan, Dia melakukannya supaya kita tidak dihukum bersama-sama dunia ini.
Baca 1 KORINTUS 11
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 KORINTUS 11:27-32
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video