1 TAWARIKH 26

26
Pengawal-Pengawal Rumah TUHAN
1Inilah pembahagian tugas untuk orang Lewi yang bertugas sebagai pengawal Rumah TUHAN. Daripada puak Korah, Meselemya anak Kore daripada keluarga Ebyasaf, dipilih. 2Meselemya mempunyai tujuh orang anak lelaki yang didaftarkan menurut urutan umur: Zakharia, Yediael, Zebaja, Yatniel, 3Elam, Yohanan, dan Elyoenai.
4Selanjutnya Obed-Edom dipilih. Dia diberkati oleh Allah dengan lapan orang anak lelaki. Mereka didaftarkan menurut umur: Semaya, Yozabad, Yoah, Sakhar, Netaneel, 5#2 Sam 6.11; 1 Taw 13.14 Amiel, Isakhar, dan Peuletai.
6-7Anak sulung Obed-Edom, iaitu Semaya, mempunyai enam orang anak lelaki: Otni, Refael, Obed, Elzabad, Elihu, dan Semakhya; semuanya orang penting dalam puak mereka kerana mereka sangat berkebolehan, terutama Elihu dan Semakhya.
8Untuk pekerjaan sebagai pengawal, puak Obed-Edom memberikan 62 orang lelaki yang cukup layak untuk pekerjaan itu.
9Puak Meselemya memberikan 18 orang berkebolehan.
10Hosa dipilih daripada puak Merari. Dia mempunyai empat orang anak lelaki: Simri (bapanya melantik dia menjadi pemimpin walaupun dia bukan anak sulung), 11Hilkia, Tebalya, dan Zakharia. Semuanya ada 13 orang anggota keluarga Hosa yang menjadi pengawal Rumah TUHAN.
12Para pengawal Rumah TUHAN dibahagi kepada kumpulan-kumpulan menurut puak mereka. Mereka diberi tugas di dalam Rumah TUHAN seperti orang Lewi lain. 13Tiap-tiap puak, sama ada puak besar ataupun puak kecil, membuang undi untuk menentukan pintu gerbang yang harus dikawal mereka. 14Selemya mendapat tugas di pintu gerbang sebelah timur. Zakharia anaknya, yang sentiasa memberikan nasihat baik, mendapat tugas di pintu gerbang sebelah utara. 15Obed-Edom mendapat tugas di pintu gerbang sebelah selatan, dan anak-anaknya mendapat tugas mengawal stor-stor. 16Supim dan Hosa mendapat tugas di pintu gerbang sebelah barat dan di Pintu Gerbang Syalekhet yang terletak pada jalan yang mendaki. Mereka bertugas bergilir-gilir menurut jangka masa yang ditentukan. 17Di sebelah timur, tiap-tiap hari ada enam orang pengawal bertugas. Di sebelah utara ada empat orang, dan di sebelah selatan ada empat orang. Tiap-tiap hari stor-stor dikawal oleh empat orang pengawal; dua orang pengawal bagi sebuah stor. 18Di pavilyun sebelah barat, empat orang mengawal di jalan raya dan dua orang mengawal pavilyun itu. 19Demikianlah pembahagian tugas pengawal bagi puak Korah dan Merari.
Tugas Lain di Rumah TUHAN
20Orang lain dalam suku Lewi#Sebuah naskhah terjemahan kuno: orang lain dalam suku Lewi. Naskhah Ibrani: suku Lewi, Ahia. diberi tanggungjawab mengurus harta benda Rumah TUHAN dan stor tempat menyimpan pemberian-pemberian untuk Allah. 21Ladan ialah anak lelaki Gerson; dia nenek moyang beberapa kumpulan puak, termasuk puak Yehiel anaknya. 22Anak-anak Yehiel, iaitu Zetam dan Yoel, diberi tanggungjawab mengurus stor-stor dan perbendaharaan Rumah TUHAN.
23Keturunan Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel pun mendapat bahagian tugas.
24Sebuel daripada puak Gersom anak Musa, ialah pengawas perbendaharaan Rumah TUHAN. 25Sebuel mempunyai hubungan keluarga dengan Selomit melalui Eliezer saudara Gersom. Inilah jurai keturunan Eliezer sampai kepada Selomit: Eliezer, Rehabya, Yesaya, Yoram, Zikhri, Selomit. 26Selomit dan sanak saudaranya bertanggungjawab mengurus semua pemberian yang dipersembahkan oleh Raja Daud, para ketua keluarga, para pemimpin puak, dan para panglima tentera. 27Sebahagian daripada barang jarahan yang diperoleh dalam pertempuran, dipersembahkan mereka untuk digunakan khas di dalam Rumah TUHAN. 28Selomit dan keluarganya bertanggungjawab mengurus segala sesuatu yang telah diberikan untuk digunakan khas di dalam Rumah TUHAN, termasuk segala persembahan yang telah diberikan oleh Nabi Samuel, Raja Saul, Abner anak Ner, dan Yoab anak Zeruya.
Tugas Orang Lewi yang Lain
29Keturunan Yizhar, iaitu Kenanya serta anak-anaknya, diberi tugas pentadbiran dan tugas pengadilan di Israel.
30Segala urusan keagamaan dan pemerintahan di Israel bahagian barat Sungai Yordan diserahkan kepada Hasabya, dan kepada 1,700 sanak saudaranya; mereka semua orang terkemuka daripada keturunan Hebron. 31Pemimpin keturunan Hebron ialah Yeria. Pada tahun keempat puluh pemerintahan Raja Daud, suatu penyelidikan tentang keturunan Hebron diadakan. Dalam penyelidikan itu ternyata bahawa di kalangan mereka ada askar-askar perkasa yang tinggal di Yazer di wilayah Gilead. 32Segala urusan keagamaan dan pemerintahan di Israel sebelah timur Sungai Yordan, iaitu di wilayah suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur, diserahkan kepada 2,700 ketua keluarga Yeria; mereka semua orang terkemuka yang dipilih oleh Raja Daud.

Terpilih Sekarang Ini:

1 TAWARIKH 26: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk